Thursday 26 May 2011

kali ni aku serius sikit

malam ni aku nak emosi sikit.tapi sekadar berkongsi pandangan aku je la.tak salah aku kongsi sesuatu yang berfaedah,takkan hari-hari aku nak post benda merepek je.cerita pasal aku je.ni bukan diari aku.kalau sampai ayat ni ko dah rasa bosan nak baca,klik button merah tanda pangkah kat atas tu.tapi kalau kau MELAYU luangkanlah masa,kejap je.aku jumpa video ni tadi,tengok pun sentap jugak la

                                           visual kurang cantik

apa perasaan korang sebagai orang melayu?kalau aku,sedih.aku tau akan ada orang yang tak suka pasal post2 macam ni.tapi ni lah hidup.tak semua orang sama.rambut sama hitam hati lain-lain.tengok balik video tu.ni melayu.malu.aku bukan nak kata aku bagus ke apa.tapi cuba la fikir kejap.kalau sebab politik nak perang-perang,saling jatuhkan sesama sendiri,aku rasa tak payah.banyak isu lebih penting yang patut diperjuangkan.

aku nak cerita panjang2 pun takut takda orang nak baca.aku buat ringkasan je la.aku dah muak dengan cerita-cerita sekarang.bukak surat khabar,politik,jenayah.benda sama.esok pun aku boleh agak topik sama akan terus keluar dalam surat khabar,tv.

tu belum cerita mat rempit,pelajar sekolah gaduh,pukul cikgu.dalam video tu baru sikit.tengok realitinya.aku tak tau apa hala tuju orang-orang macam ni.tak payah tengok jauh-jauh.kat rumah aku sendiri pun hari-hari aku dengar bunyi motor mengaum-ngaum.aku geleng kepala lagi.

ada pulak orang yang tau hidup nak enjoy je.suruh belajar  macam-macam alasan bagi.geleng kepala lagi.takda hala tuju.enjoy tak salah.tak payah sentuh pasal artis,lagi aku muak.takda benda pun,tak boleh jadi contoh.ada pun sekerat dua.yang lain..................siap ada yang hina islam pun.tak payah cakap korang dah tau.orang tu bukak aib sendiri.

baru ni pulak aku jumpa lagi satu spesies melayu.aku cerita takut ni isu sensitif pulak.kebebasan bersuara tu ada.pasal individu yang terang2 hina islam ni.melayu sendiri pulak tu.aku pernah dengar orang cakap pasal bangsa dan agama ni.memang aku tak nafi,bangsa dan agama tak boleh dianggap benda yang datang sekali.sebenarnya pandangan kita salah.kat malaysia siapa melayu automatik akan dianggap islam.salah.memang banyak point kalau nak ulas benda ni.agak keluar dari topik.

aku jumpa lagi satu video kat FB.pasal sorang mat salleh yang menentang pembinaan sebuah kilang kat pahang-sebab dia sayang malaysia.sedangkan masa ni orang melayu sendiri sibuk pasal liwat,kes bunuh perempuan mongolia.kilang yang dimaksudkan tu tak silap namanya LYNAS.dari australia.nak senang tengok sendiri link ni.tak rugi korang tengok untuk buka mata

lagi satu benda aku nak kongsi:

Sesungguhnya
Tidak ada yang lebih menyayat
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
Dari membiarkan bangsaku dihina
Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur, dikata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri
Membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri
Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya
Kita siram, kita baja tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa
13 harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya-raya
Jangan sekali-kali digadai harta-bendanya
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Takkan Melayu hilang di dunia
Ya... tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tetapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya
renungkanlah.semua berbalik pada diri sendiri.balik pada agama.bukan bertuhankan nafsu & emosi.aku sekadar berkongsi,untuk sama-sama kita sedar.aku pun banyak buat silap.semoga bila aku baca post aku macam ni aku cuba baiki diri aku.banyak salah aku,aku mengaku.
sebelum aku tekan PUBLISH POST ni aku dah fikir betul-betul : "betul ke aku nak publish post ni?"

jenayah siber

3 bulan lepas ada sorang mamat add aku kat fb.tak kenal pun.mutual friend haram takde.nama je dah pelik.RYAN ALEXANDER apetah.alaxander graham bell berkemungkinan.dah tu boleh je selamba dia nak chat dgn aku.LAKI pulak tu!
tak layan kang merajuk.






[anggap ini chatbox]
alexander graham bell: hi
illyas kutcher: sorry im not gay
alexander: nvm,i just wanna know you.btw im not gay too
illyas kutcher: okay so what do you want from me?(adehh english aku dah la hampeh,nak cakap hilang ah macho aku)
alexander: nothing,just wanna know malaysian
illyas kutcher:oh so you're from?
alexander:singapore.



setelah penat melayan kerenah mamat tu aku klik kat chatbox tu,appear offline.malas aku nak layan.
setelah beberapa purnama aku semakin melupakan jejaka tersebut.








pada suatu hari khamis,aku bosan setelah mendamn orang,aku tengok kat chatbox tu,orang2 yang online..kott la ade awek best boleh kacau.
alah..semua muka familiar je,bosan.nak kacau pun takde nafsu
eh kejap2.ada satu nama menarik sanubari aku.asal macam tak pernah add je budak ni?


illyas pitt:hi :D
eyka !@#$%^& :......


cettt sombong gila budak ni.tak reply.aku tak puashati aku bukak profile dia..DP kiut habesss.hot.nama eyka apetahh..pastu aku bukak balik chatbox tu,mane tau dia reply.chatbox FB ni kadang2 rosak.


tiba2 kat atas sebelum aku chat tu appear benda sama yang aku chat dengan mamat alexander the great tersebut.damn!


adakah aku telah chat dengan seorang shemale?????

aku encik kontroversi

tadi aku cube buat dajal sikit kat group PASUM tu.aku CUBA.dan CUBAan aku terberjaya tanpa dirancang..adela beberapa orang tu termenggelabah.cite dia macam ni:

tadi aku dapat message dari kinah,pasal JPA PIDN tu.kinah kata tak boleh hantar time daftar nanti.KCUF.pastu aku call pulak orang JPA tu dengan berbekalkan kredit RM56.79(ini bukan bongkak).

tuuut tuuut...
selamat petang,terima kasih kerana menghubungi JPA.talian kami sedang sibuk.sila cuba sebentar lagi.*lagu romantik apetah berkumandang

aku call lagi
"ye,boleh saya bantu?"
"cik macam mane ni cik?aku tak puas hati betul ngan cik ni,setel belakang KFC jom"
"relax2,mengucap.apecer?"
"takde,pasal JPA PIDN tu.aku dapat.pastu borang2 semua tu kene hantar bila?"
"err saya tak pasti.kejap saya sambungkan kat encik *******(identiti dirahsiakan atas keselamatan dalam negara)

bengang gak lah,berapa kali diorang main sambung2 ni.
last2 ade akak suara sweet bagi jawapan.die kata boleh je.
"tapi cik pagi tadi kawan aku pergi pejabat,diorang kate tak boleh bagi time pendaftaran.apecer ni cik?"
last2 cik tu angkat bahu *macam mane aku tau dia angkat bahu tu korang takyah pertikaikan laa,walaupun aku cakap via telefon je*

sementara tu aku dah buat onar kat group PASUM 2011/2012..setakat ini beberapa orang telah menjadi korban,termasuklah puan admin & encik admin kita,azlina afzan serta rasyid johar,cik min dan ramai lagi yang belum ditemui kerana tidak meninggalkan komen.

jap2 aku bukan penipu,serius.kepada yang dah gelabah aku mintak maaf takde nawaitu nak buat korang gelabah.ade la sikit,dengan niat nak 'memeriahkan' lagi group tu.adeiyai dah kene blame dah dengan admin azlina.cik minn lagi ahh.haha!kene marah ngan ibu dia.aku tumpang simpati

jangan diorang musuh ngan aku nanti sudahh..aku ni anoyying sikit,tapi aku kool.heheh.
admin jangan delete or bann aku dari group tu aku merayu melutut merangkak meniarap.semua yang aku lakukan kerana aku sayang PASUM.*tertakluk kepada terma dan syarat

Monday 23 May 2011

he know nothing 
but he keep talking

am sorry MR
you're killin yourself
you cost your life with one penny

Sunday 22 May 2011

meriam alaf 21

mendung lagi
langit menangis,aku tau
hujan kali ni lain sikit

petir dentum lagi
tapi aku tak ganjak
keras kepala,agak bodoh
lantak,ni hidup aku

kau terajang aku,terajang la
tak payah takut
aku tak dendam
tiap inchi badan aku halal untuk diterajang
aku tak pakai falsampah orang 
aku ada cara hidup sendiri

tangan aku kepal
genggam kuat penumbuk
buku lima aku kecik je
tapi dalam ni yang akan cabar kau
sakit tak maksud mengalah
asal genggam kuat penumbuk

mulut calar berdarah,aku senyum
hati aku ketawa hakikatnya berdarah
terbakar
takpe,esok masih ada
matahari pagi masih di timur

aku tak dendam
marah pun tak
tapi kau jangan lupa karma
jangan ingat hidup kau senang tak terancam
kalau aku tak serangbalas pun
tu yang kat atas kau jangan lupa

tidur selena yang mungkin
selagi kau boleh
mimpi seindah mungkin
selagi mata kau boleh terbuka esok
tapi jangan salahkan aku
kalau kau......


JANGAN SALAH FAHAM.NI SEKADAR PUISI.BUKAN REALITI

Saturday 21 May 2011


symbolysm

mimpi lagi

(ini sekadar sebuah puisi,bukan cerita benar)


semalam aku mimpi
bayang-bayang hitam besar bulu lebat busuk
kejar aku,aku tak lari
sebab aku tak takut
aku tau tu mimpi,


sedar dari mimpi
AKU TAK KESAH
sebab mimpi tu dah lepas
& takkan effect apeape kat aku


lepas ni aku boleh terus bermimpi
tapi yang tentukan hala hidup aku
bukan mimpi
walau aku mimpi indah mana sekalipun
walau aku mimpi ngeri mana sekalipun


aku adalah aku
takde sape boleh ubah aku
kecuali aku




serius ini puisi paling indah aku buat setakat ni
lepas ni aku tulis banyak2 lagi

Thursday 19 May 2011

bangun dari jatuh

kebelakangan ni aku banyak apdet blog,tapi simple-simple.janji aku puas.tapi yang ni panjang sikit kot (aku buat panjang2 bukan orang nak bace pun)

JPA luar negara tak dapat
kecewa memang kecewa,tapi dah tak dapat nak buat ape lagi.pastu aku amik mase kejap,amik nafas baru,pikir balik.aku mintak kat Dia
"ya Allah berikan yang terbaik untukku"
 takdela pulak aku mintak
"ya Allah berikanlah peluang kepadaku belajar di luar negara"

ini yang terbaik.lepastu maktab perguruan pulak.pun tak dapat.aku okey,tak dapat.tapi mak aku pulak.ayat die laa tak boleh blaa.taknak ah tulis.malas.adei mak,okey la dapat UM.
maybe Allah dah memang nak aku kat UM,ade la tu.at least menantu untuk mak.
boring bace?jap aku selit gambar

gambar takde kene mengene

aku merajuk ngan JPA.tapi aku rase kira ok la banding dgn orang yang nasib kurang baik daripada aku.aku ade jugak bace kat page FB.budak-budak bakal UM.taktau ape yang diorang excited sangat.aku takde perasaan tu.hmmmmmmm...tahniah kat kawan2 aku yang dapat fly.fly elok2.kawan aku yang dari form 1 sampai form 4 tak pernah pisah kelas pun dapat jepun.congrats ah Chai.even muke cina,dapat jepun.dekat2 la tuu.mata sepet.

aku tak putus asa pun.lagi bakar semangat aku ade laa.macam ape yang dah jadi kat result PMR aku..paham2 je la,aku tak dapat straight A's time tu.ape pun aku percaya KUAT Allah tu      
sempurna.mesti ada hikmah untuk semua yang jadi.aku semangat!

it's not over,till i say it's over

xperia vs peria

malas merepek panjang-panjang
straight to the point apa aku nak post..lantakk

tanya korang,ni ape?
dah tulis tu xperia takkan sagem la pulak.

tanya lagi.ni ape?timun?salah.bateri kerete?kurang tepat.
tengok,kalau tanye benda camni korang tak tau.ni peria


xperia dgn peria.name dah lebih kurang.tapi kalau aku,aku lagi kagum dengan peria ni.
xperia-manusia boleh cipta
peria-ade manusia cipta?takde takde


kesimpulan-ciptaan Allah penuh kesempurnaan
:-aku takde la pakai xperia ni.aku pakai henset biase je.baling anjing pun tak mati

Wednesday 18 May 2011

kadang-kadang kita tak perlu terlalu ghairah mengejar apa yang kita nak

sebab adakalanya ada sesuatu yang lebih baik dijanjikan

follow the flow,buat yang terbaik,letak kepercayaan yang tinggi kat Allah.

sumpah-sumpah

kan best jadi sesumpah

haritu aku ambik test JPJ.banyak gila sesumpah kat tempat tu.siap main kejar-kejar.aku tengok pun agak jeles.pastu masa aku tengah test aku ternampak sayup-sayup ade satu benda tengah jalan.lenyek jelah.alih-alih tengok sesumpah dah mati small intestine & urinary bladder dah terburai 2 inchi dari jasad tersebut.

kan best jadi sesumpah

Tuesday 17 May 2011

tajuk ikut sukehati korang

mulai hari ni aku janji akan jadi malas nak tulis post panjang-panjang gedabak.so orang takkan bosan 

Sunday 24 April 2011

wacchhaa...

okehh..baru tadi aku tulis entri pasai temudugaq JPA *errr..kenapa ada slang oghang utagha??*
takpe2.ni kes tengok matluthfi punya video.tapi aku tulis entri kali ni bukan pasai matluthfi atau anwarhadi...ni sebenarnya aku tengah lawan update blog dgn eika shaari ..okeh.


entri kali ni aku terasa nak tulih pasai martial art atau nama  melayu beliau SENI MEMPERTAHANKAN DIRI.


kalau kita melayu kita ada silat...silat gayung,silat cekak &segala macam jenis silat yg belum aku explore.kalau cina pulak,kungfu(salah satu yg populaq laa),thailand ada muay thai..
nak sebut satu-satu mau tebal 'kamuih bahasa dan pustakaq' bak kata matluthfi .
aku ni punya la minat nak belajaq benda2 martial art ni.kat sekolah menengah dulu aku ada belajar silat seni gayung fatani.tapi tak sempat nak grading  naik kaler tali pinggang pun.orang bizi katekan.tapi sempat la belajar beberapa  jenis 'bunga' & jurus.
dan sempat la jugak buat persembahan kat beberapa event,antaranya kejohanan memanah sbp(sekolah berasrama penuh).

kat sekolah rendah pulak ade la belajaq taekwando(korea).cakap taekwando,yg main street fighter confirm tau.pun sekejap.okay..kita tengok nama dia,SENI MEMPERTAHANKAN DIRI.bukan SENI MEMBANGGA DIRI.aku ingat lagi ustaz aku yang ajar silat,dia cakap "illyas,saya sebenarnye dah lama perhatikan awak,saya rasa saya jatuh hati kat awak".oooppss sori salah skrip.dia cakap macam ni sebenanya "orang belajar seni mempertahankan diri ni tujuan bukan nak tunjuk kuat atau something like that" (errr aku tak sure dia cakap macam ni,tapi ada point tu la)..so apa2 pun,semua datang dari niat.SEMUA.ulang lagi,SEMUA.

okeh kite pun tengok berjuta-juta lemon movie yg jalan cita pasal martial art ni-mostly kungfu(jet li,jackie chan),ninja,muay thai.kan?salah satu movie yg aku ingat tajuk dia NEVER BACK DOWN.best crita ni,try la google2.
cerita mantap,hero macho,awex hot..best.
tapi kan,banyak-banyak martial art ni,aku paling intrested dengan ilmu ninja ni.tapi aku tak tau apa2 pun,yg aku tau ninja ni KEWL gila+style,tapi kurang macho..ingat pulak ninja assasin..aku pun tak sure ada kaitan tak ninja ni dgn ninjutsu.tapi aku rasa memang ada.nanti aku buat research.tapi kalau nak macho belajar la muay thai ke,capoera ke,sumo ke.nak bincang pasal martial art ni,memang luas,memang banyak.& salah satu impian aku ialah nak belajar martial art yang boleh mempertahankan diri aku & orang lain..martial art memang kool gila!tapi yang kurang best bila dengar ada yang salahguna ilmu ni,pecah rumah la,rompak laa.tapi kan,nak belajar martial art ni memerlukan disiplin yg sangat tinggi.& that's why yang salahguna tu pun tak ramai.yang terpesong sikit laa.aku rasa cukup la aku merepek sebelum repekan(betul ke?) aku ni jadi makin tak best...

Bismillahi tawakkaltu 'alallah

*entri kali ini lebih bersifat keinsafan sedikit*
refer kepada tajuk,aku sangat-sangatlah berserah kepada Dia yang Maha Besar lepas semua usaha yang aku cuba...sebaik mungkin dari diri aku.untuk pengetahuan pembaca semua,walaupun lambat sikit aku bagitau-entri kali ni aku nak cerita sikit pasal pengalaman interview JPA yang dah aku lalui  *atas request salah sorang pembaca ni*.

okey,lepas di'april fool'kan oleh biasiswa petronas,aku dapat 1 berita gembira-temuduga JPA.memang excited la bila dah dapat kan,tapi baru interview..ok straight trus cerita hari interview tu.aku dapat 13 april-jam 4.30 pm..group last untuk panel tu.tak tau la ape nasib group last,mungkin ok,mungkin tak.

tapi sebab excited sikit pukul 12.00 tghari aku dah sampai dekat INTEC,Shah Alam.ok kot,boleh tenang2 sikit..interview ada 4 jam lagi.so merayau2 dulu,pergi library.yang bestnye bile habis solat zohor aku terjumpe sorang senior aku dulu (dia mintak namanye dirahsiakan atas keselamatan harta benda awam).die ambik medic-india.then tak banyak cerita pasal dia.dia banyak bagi nasihat je kat aku.yg aku ingat "ko niat ko kene betul.jujur la,aku bukan nak jadi budak baek ke ape,cume kalau kite nak niat utk Allah,memang susah.pasang niat kite.kite nak gembirakan parents kite.pernah dengar kan hadis?keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa"

fikir2 balik,SPM dulu pun aku niat mcm tu,maybe la tu salah satu faktor.then....4.00 pm.kejap je.mula-mula carik nama kat satu board ni..sekali pandang memang susah nak carik nama melayu.sekerat duakerat je.yah,jumpa nama aku,sign kat situ.5 orang.tapi bila sampai kat bilik menunggu ada 3 orang je yg group dgn aku (tak termasuk aku).aku dapat panel number 5.then kenal2 la.sorang melayu-lelaki,dari SEDAR.sorang chinese-perempuan,tak ingat dari mane.sorang lagi lelaki,mix-mak cina bapak hindu.yang last lelaki melayu,dari KUSESS,agak hensem la die ni*ehhem*.


aku dapat number 4,yg last sebab lagi sorang tak datang,chinese.tengah sembang-sembang,kitorang kena panggil.then baca segala doa,masuk.mula-mula memang nervous,tapi panel tu semua KEWL je.so aku rasa selesa sikit la.yang first panel tu suruh introduce-bahasa melayu.tapi time introduction ni la aku dah kena shoot dengan m16 panel perempuan tu.eh lupa nak bagitau,panel tu 3 orang,semua melayu.2 lelaki 1 perempuan.balik pasal aku kene tembak tu,part introduce tu kene cakap kenapa kita pilih negara tu(course yg kita ambik).nasib baik aku pakai keta kebal.masa aku tengah melebat pasal architecture study kat UK(aku pilih UK),die   tanya aku "bagi saya bangunan famous kat sana?"
perghhh memang aku nasib baik sebab ada google pasal mende alah tu malam sebelumnya,buat research sikit.lain2 aku rasa biasa je part intro tu.

ok la,kat sini aku cerita pasal aku je la ye.pasal lagi 3 orang tu kalau nak tulis memang panjang+takut mengumpat pulak.hehe..tak baik...ok,part kedua suruh bagi opinion masing2,tanya pasal FACEBOOK.tapi part ni aku tak berapa nak ok la..hmmmmmmmmmm.kurang menyerlah+sekat2 sikit.agak frust la sebab tak boleh nak fikir secara bernas.takpe,aku serah semua kat Dia.

aku tak tau bila masa ada discussion yg pernah aku baca kat blog orang2 yang dah experienced ni.dia cuma tanya opinion kita je.lepas FB tuu diorang tanya pasal ZEE GENERATION.mampuih aku,dah la taktau apa2 pasal zee genration tu.girl's generation aku tau la.
ni girl's genaration..heheehe
tiba2 aku ingat pesan sorang senior aku,kalau tak tau cakap honest je,so aku pun cakap aku tak tau tp aku cuba explain melalui my point of view,aku cakap la pasal generasi yg glued on the screen...yg terdedah kpd teknologi semua tu la...then,habis

secara keseluruhan aku terpaksa berpuas hati la dgn pencapaian aku.dah tu yang termampu.sekali lagi,aku berserah.....banyak lagi cerita disebalik interview tu.tapi seperti yg anda sedia maklum, saya malas nak tulis semua.doakan aku dapat ye....aku letak harapan yg tinggi kat sini,tapi andai kata  tak dapat aku redha,mesti ada hikmah disebalik semua kejadian...:Dplisss doa untuk aku


Tuesday 19 April 2011

memang kewl!

okeh..kalau ikutkan aku ni memang malas la nak mengupdate blog ni..kejadah apetah main update2 blog ni..tapi takkan nak biar je blog aku ni berhabuk kan??alang2 dah ade.hantam sajalah..topik yg aku tulis kali ni pun quite menarik la bagi aku..nak tau?nak tau?


                                            ni namenye subaru impreza wrx-one of my favourite
hah,kool tak??tak cukup kool?okeh aku bagi yang ni pulak
ni pulak audi a4(bukan kertas a4 ye tuan2)
audi r8(audi sentiasa di hatiku)
okeh selain audi ni kan,banyak lagi keta pebret aku,kalau nak list tak larat den.aku bagi la sikit:
1.most of mitsubishi's
2.most of bmw's
3.most of ferrari's(design kureng la)

haaa kan senang aku listing mcm tu,dah memang namenye pemalas sejak azali..ok preview la sikit kan
bmw m3
bmw m5(pahal kaler buruk ni?)
yahhh nilah sayang aku-misubishi lancer
say sorry say goodbye to buggati veyron or koenigsegg-design korang tak lawa even perfomance gempak cam haram,especially lamborghini..design menakutkan.ok dari pic2 yg aku bagi kat atas tu memg nampak sangat la aku ni pandang kat design..tapi betul laa.

cite2 pasal kereta ni,teringat aku kat PROTON,company kesayangan dr mahathir tu..uisyy diorg dah develop dah(dari segi design la) walaupun tiru2 kereta lain e.g. mitsubishi lancer sayangku tu.takpe2.tapi baru2 ni aku tergugel laa homepage proton..lalu mateku tertarik pada tajuk yg agak memberahikan,aku tak ingat la tajuk die,tapi pasal prototaip kereta baru proton-TUAH,JEBAT,LEKIR,LEKIU,KASTURI
perghhhh bunyik macam gempak..jom usya2 la sikit.aku nak merepek pun tak berapa mood.kredit kene telan..bengkek je
ni namenye encik tuah aka PROTON TUAH.ade gaya PERSONA laa
ni pulak proton lekir...erkk,kureng tapi adela sikit2 ke'lotus europa'annye


LEKIU-no komen..korang la pulak komen.asyik aku je nak komen.ingat blog bapak aku ke?
KASTURI ni pulak development daripada SAGA aku rasa..sorilah frontview dia tak dapat
kool gila kan kan kan?aku mula nampak development PROTON ni since lahirnya GEN-2.sampai la sekarang ni...yg inspira yg sebijik mitsubishi lancer tu..eh jap2..aku rase mcm ade yg tertinggal je...yahhh musuh utama TUAH-JEBAT..jebat ooo jebat.ko memang menyusahkan aku laa..malas aku nak edit dah.hahaha..korang carik sendirilah jebat tu..lawa wooo...mcm inspira gak..post ni pun dah cukup panjang..babhai!!


                                        

Tuesday 5 April 2011

kawan afterschool

   afterschool.com..ape ingat kat situ nak tanya2 pasal lepas SPM je ke??berkenalan pun boleh ape.contoh:

eh tak ingat la pulak macam mana s kenal dgn sorg kawan ni..nice orgnya(sila cover diameter hidung empunya diri kalau baca).tapi best kenal dgn dia ni..kongsi same interest,bagi suport,banyak laa..architecture memperkenalkan kami..dan2 dia jugak la yg mendorong saya merepek kat blog.sebenarnya malas ni nak tulis banyak2..haha..takpe laa eika shaari lain kali saya tulis pasal awk-format SPM ye :D.the point here is ; saya kenal dia kat afterschool tu..dan x sangka boleh rapat.

REnovatioN

harap maaf blog masih dalam proses renovation kerana sistem loji dan pembetungan belum berfungsi...sekian

bila aku mula menulis...

testing..testing 1 2 3...haa okayy