Thursday 26 May 2011

aku encik kontroversi

tadi aku cube buat dajal sikit kat group PASUM tu.aku CUBA.dan CUBAan aku terberjaya tanpa dirancang..adela beberapa orang tu termenggelabah.cite dia macam ni:

tadi aku dapat message dari kinah,pasal JPA PIDN tu.kinah kata tak boleh hantar time daftar nanti.KCUF.pastu aku call pulak orang JPA tu dengan berbekalkan kredit RM56.79(ini bukan bongkak).

tuuut tuuut...
selamat petang,terima kasih kerana menghubungi JPA.talian kami sedang sibuk.sila cuba sebentar lagi.*lagu romantik apetah berkumandang

aku call lagi
"ye,boleh saya bantu?"
"cik macam mane ni cik?aku tak puas hati betul ngan cik ni,setel belakang KFC jom"
"relax2,mengucap.apecer?"
"takde,pasal JPA PIDN tu.aku dapat.pastu borang2 semua tu kene hantar bila?"
"err saya tak pasti.kejap saya sambungkan kat encik *******(identiti dirahsiakan atas keselamatan dalam negara)

bengang gak lah,berapa kali diorang main sambung2 ni.
last2 ade akak suara sweet bagi jawapan.die kata boleh je.
"tapi cik pagi tadi kawan aku pergi pejabat,diorang kate tak boleh bagi time pendaftaran.apecer ni cik?"
last2 cik tu angkat bahu *macam mane aku tau dia angkat bahu tu korang takyah pertikaikan laa,walaupun aku cakap via telefon je*

sementara tu aku dah buat onar kat group PASUM 2011/2012..setakat ini beberapa orang telah menjadi korban,termasuklah puan admin & encik admin kita,azlina afzan serta rasyid johar,cik min dan ramai lagi yang belum ditemui kerana tidak meninggalkan komen.

jap2 aku bukan penipu,serius.kepada yang dah gelabah aku mintak maaf takde nawaitu nak buat korang gelabah.ade la sikit,dengan niat nak 'memeriahkan' lagi group tu.adeiyai dah kene blame dah dengan admin azlina.cik minn lagi ahh.haha!kene marah ngan ibu dia.aku tumpang simpati

jangan diorang musuh ngan aku nanti sudahh..aku ni anoyying sikit,tapi aku kool.heheh.
admin jangan delete or bann aku dari group tu aku merayu melutut merangkak meniarap.semua yang aku lakukan kerana aku sayang PASUM.*tertakluk kepada terma dan syarat

No comments:

Post a Comment