Thursday 26 May 2011

kali ni aku serius sikit

malam ni aku nak emosi sikit.tapi sekadar berkongsi pandangan aku je la.tak salah aku kongsi sesuatu yang berfaedah,takkan hari-hari aku nak post benda merepek je.cerita pasal aku je.ni bukan diari aku.kalau sampai ayat ni ko dah rasa bosan nak baca,klik button merah tanda pangkah kat atas tu.tapi kalau kau MELAYU luangkanlah masa,kejap je.aku jumpa video ni tadi,tengok pun sentap jugak la

                                           visual kurang cantik

apa perasaan korang sebagai orang melayu?kalau aku,sedih.aku tau akan ada orang yang tak suka pasal post2 macam ni.tapi ni lah hidup.tak semua orang sama.rambut sama hitam hati lain-lain.tengok balik video tu.ni melayu.malu.aku bukan nak kata aku bagus ke apa.tapi cuba la fikir kejap.kalau sebab politik nak perang-perang,saling jatuhkan sesama sendiri,aku rasa tak payah.banyak isu lebih penting yang patut diperjuangkan.

aku nak cerita panjang2 pun takut takda orang nak baca.aku buat ringkasan je la.aku dah muak dengan cerita-cerita sekarang.bukak surat khabar,politik,jenayah.benda sama.esok pun aku boleh agak topik sama akan terus keluar dalam surat khabar,tv.

tu belum cerita mat rempit,pelajar sekolah gaduh,pukul cikgu.dalam video tu baru sikit.tengok realitinya.aku tak tau apa hala tuju orang-orang macam ni.tak payah tengok jauh-jauh.kat rumah aku sendiri pun hari-hari aku dengar bunyi motor mengaum-ngaum.aku geleng kepala lagi.

ada pulak orang yang tau hidup nak enjoy je.suruh belajar  macam-macam alasan bagi.geleng kepala lagi.takda hala tuju.enjoy tak salah.tak payah sentuh pasal artis,lagi aku muak.takda benda pun,tak boleh jadi contoh.ada pun sekerat dua.yang lain..................siap ada yang hina islam pun.tak payah cakap korang dah tau.orang tu bukak aib sendiri.

baru ni pulak aku jumpa lagi satu spesies melayu.aku cerita takut ni isu sensitif pulak.kebebasan bersuara tu ada.pasal individu yang terang2 hina islam ni.melayu sendiri pulak tu.aku pernah dengar orang cakap pasal bangsa dan agama ni.memang aku tak nafi,bangsa dan agama tak boleh dianggap benda yang datang sekali.sebenarnya pandangan kita salah.kat malaysia siapa melayu automatik akan dianggap islam.salah.memang banyak point kalau nak ulas benda ni.agak keluar dari topik.

aku jumpa lagi satu video kat FB.pasal sorang mat salleh yang menentang pembinaan sebuah kilang kat pahang-sebab dia sayang malaysia.sedangkan masa ni orang melayu sendiri sibuk pasal liwat,kes bunuh perempuan mongolia.kilang yang dimaksudkan tu tak silap namanya LYNAS.dari australia.nak senang tengok sendiri link ni.tak rugi korang tengok untuk buka mata

lagi satu benda aku nak kongsi:

Sesungguhnya
Tidak ada yang lebih menyayat
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
Dari membiarkan bangsaku dihina
Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur, dikata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri
Membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri
Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya
Kita siram, kita baja tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa
13 harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya-raya
Jangan sekali-kali digadai harta-bendanya
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Takkan Melayu hilang di dunia
Ya... tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tetapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya
renungkanlah.semua berbalik pada diri sendiri.balik pada agama.bukan bertuhankan nafsu & emosi.aku sekadar berkongsi,untuk sama-sama kita sedar.aku pun banyak buat silap.semoga bila aku baca post aku macam ni aku cuba baiki diri aku.banyak salah aku,aku mengaku.
sebelum aku tekan PUBLISH POST ni aku dah fikir betul-betul : "betul ke aku nak publish post ni?"

1 comment: